
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya dikejutkan insiden pergaduhan antara dua tonggak sayap, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid.
Ini ketika pasukan sedang menikmati makanan tengahari di hotel penginapan di Manama, Bahrain, semalam.
Insiden itu nyata mencemaskan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe yang kelihatan agar panik ketika Sumareh dan Safawi sedang bergelut antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Cheng Hoe dikejutkan dengan nyanyian hari lahir oleh anak buahnya serta membawa kek sempena hari lahirnya yang ke-53 pada hari ini.
Insiden itu rupa-rupanya lakonan dari dua pemain itu semata-mata untuk memberi kejutan buat Cheng Hoe yang menyangka perg.aduhan itu benar-benar berlaku.
“Saya amat terkejut (lakonan pergaduhan antara Sumareh dan Safawi)…
Terima kasih semua, saya ucapkan semuanya sihat dan harap kita mampu lakar sejarah,” katanya dalam video yang dikongsi pasukan.

Sementara itu, Sumareh memohon maaf sambil mengakui lakonan itu dilakukan untuk membuat kejutan kepada Cheng Hoe.
Ketika ini, skuad negara dalam persiapan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 3 Jun ini.

Malaysia akan menentang UAE pada aksi pertama sebelum bertemu Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
Kredit : HMetro
Leave a Reply