
Inai masih merah di jari, namun wanita ini terpaksa kuat dan tabah bagi menerima hakikat bahawa suaminya sudah pergi menemui penciptaNya, pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di platform TikTok, @MissQishz memuat naik sebuah video memaparkan perjalanan terakhir arwah suaminya.
Ianya berlaku selepas hanya 11 hari mereka sempat bergelar pasangan hidup.
“Perkahwinan kami baru 11 hari. Pada 29 Mei, suami dijemput Ilahi.. Besar kuasaMu ya Allah,” luahnya yang reda dengan pemergian tersebut.
Menerusi video berdurasi 22 saat itu, @MissQishz berkongsi foto kompilasi majlis pernikahan, di hospital.
Dan proses pengebumian arwah suaminya yang berusia 27 tahun itu sehingga mengundang sebak orang ramai.
Video berkenaan meraih sebanyak 678,800 tontonan selain lebih 5,000 komen warganet.
Dimana rata-rata mereka mengucapkan takziah atas pemergian insan tersayang serta menitipkan semangat buat wanita tersebut.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali.
Terima Kasih yg Mendoakan.
Semoga Tabah Hadapi Dugaan.
Terdahulu, @MissQishz ada memuat naik video memaparkan set busana pernikahannya yang teruja menghitung hari untuk bergelar isteri.
Sumber:tiktok