
Sejak pagi tadi, tular di media sosial tentang berita kem4tian seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah yang meninggaI dunia.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang tular di media sosial, pelajar tersebut dikatakan meninggaI dunia disebabkan pembuIuh darah di kepala pecah.
Ini kerana stres belajar secara atas talian dan keletihan kerana mengejar deadline tugasan universiti.
Beberapa perkongsian yang dibuat warganet turut memuat naik tangkapan skrin mesej yang memaklumkan mengenai punca kem4tian allahyarham.
aku bukan nak cakap apa la tapi class online ni sangatla membebankan students. pandai la hadam pic.twitter.com/l4zJBENPUZ
— ayinnnn :3 (@aiynanajwaa) July 9, 2021
Kejar deadline assignment?
Pelajar perempuan itu juga dikatakan dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum mengalami sakit kepala dan muntah disusuli sawan.
Nurse yang merawat
Sesampainya di hospital, pelajar tersebut disahkan mengalami pendarahan dalam otak memandangkan dia tidak cukup tidur dan stres yang melampau.
Al fatihah. Arwah dikatakan berada dalam keadaan sihat walafiat tetapi akibat stress yang melampau, tak cukup tidur, berlaku pendarahan dalam otak.
Allahu ajal tak kira siapa. Please, in this critical situation, find someone for you to express ur feelings to.
Al fatihah. Arwah dikatakan berada dalam keadaan sihat walafiat tetapi akibat stress yang melampau, tak cukup tidur, berlaku pendarahan dalam otak. Allahu ajal tak kira siapa. Please, in this critical situation, find someone for you to express ur feelings to. Please seek help 🙏🏻 pic.twitter.com/VmCQTVM6Nz
— equinoks 🏴 (@afiqdruce) July 9, 2021
Pelajaran penting, kesihatan mental juga penting
Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima dan rata-rata berasa sedih mendengar perkhabaran tersebut.
Kebanyakkan yang meninggalkan komen juga adalah golongan pelajar yang memahami bagaimana ‘deritanya’ belajar secara atas talian.
Ini dengan tugasan-tugasan universiti yang bertimbun sehingga terpaksa berjaya malam untuk menyelesaikannya.
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi berkenaan punca kem4tian pelajar tersebut.
Diharap segala kekeliruan berkenaan spekulasi yang berlegar di media sosial sejak pagi tadi dapat dihuraikan.
Salam takziah buat keluarga allahyarham.
Sumber: OMM, Facebook Diana Mddaud, Twitter @aiynanajwaa, @afiqdruce