
Salam min, harap min dpt sembunyikn identiti saya. Saya cuma nak pesan kat suami suami atau pasangan di luar sana. Tolong lah hargai jika pasangan anda jenis yang mengambil tahu dan ambil berat ttg anda .
Takut nanti dia berhenti dari mengambil tahu , lantas dia turut tidak mahu anda mengambil tahu atau berlebihan spt yg anda lakukan kepadanya.
Bagi pengetahuan Min kalau dulu saya jenis nak tahu ke mana suami pergi dan dengan siapa dia bermesej. Dah namanya pasangan kita mmg kita nak tahu , takkan lah kita nak sibuk nak tahu pasal laki org lain pula.
Tapi saya taklah pernah sampai nak mengintip pergerakan dia atau meletak kan application kat mana dia berada. Namun tika saya buka atau lihat telefon nya dulu , atau selalu telefon , pasti dia akan berkata sesuatu yang agak menyakitkan hati.
Dia menuduh saya cemburu bute dan sebagainya. Terus terang sampai saya cukup terluka dan tekad tidak akan lg ambil tahu dgn siapa pun dia berhubung , malah saya juga dah malas nak call selalu sebab dia jenis yg tak suka saya smbil tahu.
Sekarang saya mmg tak peduli lah , buat apa saya nak terus buat sesuatu yg dia tak pernah hargai. Masalahnya sekarang terbalik pula bila dia sibuk sangat nak tahu apa yang ada dalam telefon saya, dengan siapa saya berhubung.
sampaikan dengan abang saudara saya sendiri pun dia cemburu tak tentu pasal, malah dia sampai mengintip pergerakan saya, mengintip perbualan saya , malah sikapnya itu benar benar buat saya meluat dan benci hingga saya mengucapkan perkataan yg tak sepatutnya.
Saya jadi betul betul benci. Saya katakan padanya, bukan kah awak tak suka jika saya lakukan perkara sedemikian terhadap awak , jadi saya juga berhak untuk buat perkara sedemikian pada awak.
Apa saja sikap saya dulu semuanya sudah berbslik pada dia , sedangkan saya sendiri sudah tidak ada perasaan sedikit pun pada dia malah saya sendiri nak carikan madu untuk dia.
mungkin inilah yang dipanggil tawar hati. Ingat ingat lah wahai suami, takut apa yang awak kata kan pada isteri semuanya berbalik pada diri awak sendiri. Saya harap admin dapat siarkan, terima kasih admin .
Leave a Reply