JDT Tingkat Kecemerlangan Dimata Dunia

JDT meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia 2021 selepas berjaya menundukkan Perak 5-0 pada aksi ke-16 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Kemenangan ke-12 itu dibantu kecemerlangan pemain import dari Brazil, Bergson Gustavo Silveira da Silva yang mel3dakkan hatrik sekali gus menjadikan beliau penjaring terbanyak pada ketika ini dengan 16 gol.

Manakala pemain lincah, Gonzalo Cabrera pula cemerlang dengan dua gol yang dihasilkan pada lewat aksi separuh masa kedua.

Seperti dijangkakan, skuad kendalian Benjamin Mora itu mendominasi permainan sejak dari wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah.

Jaringan pembukaan juara tujuh musim berturut-turut itu menjelma pada minit ke-20 apabila Bergson yang menerima hantaran Cabrera melakukan gerakan bagi melepasi kawalan dua pertahanan Perak lalu beliau melepaskan r3mbatan leret untuk menewaskan penjaga gol, Muhammad Azri Ab Ghani.

Ketika aksi babak kedua baru berusia dua minit, Bergson melebarkan kedudukan menerusi r3mbatan jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Penyerang berusia 30 itu melengkapkan hatrik pada minit ke-59 selepas beliau melakukan dadaan baik setelah menerima umpanan jauh rakan sepasukanya untuk mudah menambah luka buat Perak.

Masih belum cukup dengan tiga jaringan tersebut, skuad JDT menambah jaringan keempat menerusi percubaan voli menarik dalam kawasan penalti pada minit ke-84.

Cabrera menutup pesta jaringan di laman sendiri dengan gol kelima selepas beliau tenang menyempurnakan sepakan penalti bagi aksi berkesudahan 5-0 memihak JDT.

Dengan kemenangan ini, JDT sedang memimpin saingan liga dengan kelebihan sembilan mata di hadapan Terengganu yang akan berhadapan Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*