
Sebelum ini, pelawak Tauke menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis.
Ia selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi sekz di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu.
Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria menegaskan, dia tiada kaitan dengan penangkapan yang dibuat.
“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.
“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Tauke, biarpun namanya antara yang ‘dipetik’ netizen namun dia tidak marah sebaliknya menganggap ia sesuatu yang lucu.
“Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini.
“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.
“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit, sebaliknya berada disisinya ketika ini.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi sekz di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.
Dalam serbuan pada jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.
Sejak berita itu disiarkan, nama Tauke antara individu yang disebut-sebut warganet.
Makin Ramai Lak yg Kena Petik
Nama Shahrul Shiro Kena Sebut
Selepas pelawak, Tauke menafikan dirinya sebagai individu yang ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terbabit.
Ini dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi sekz, kini Shahrul Shiro pula tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Ini kerana menurut Shahrul, ada segelintir netizen telah membuat andaian dengan terus menuduh dirinya tanpa usul periksa sebagai individu yang ditahan bagi membantu siasatan.
Menerusi entri di akaun Instagram, pelawak berusia 37 tahun itu menafikan sekaligus menyangkal dakwaan berkaitan.
“Beberapa sahabat bertanya adakah itu sy dan sy telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”.
Shahrol Beri Amaran – “Jangan Merangkak Nanti”
“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yg komen2 terus menuduh saya.
Saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari sy dan fokus pada dosa2 yg lain kerna sy dah memaafkan anda.
“Buktinya sy masih umur bawah 40an, muda kan. Sekian terima kasih kerna mengambil berat pasal sy”, tulisnya.
Lando Zawawi Dedahkan Sesuatu Mengejutkan
Lando Zawawi dan ‘Ikatan Silaturrahim Brotherhood’ yang sudah tidak asing lagi apabila timbul isu berkaitan dengan jalan raya.
Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya pelakon Lando Zawawi atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi.
Mungkinkah dia kini sudah bersara atau sudah tiada lagi tawaran berlakon disebabkan saingan sengit dalam industri seni?
Sebenarnya, dia tidak menghilangkan diri tetapi sehingga kini Lando sedang gigih menjadi seorang aktivis dan menjalankan kerja-kerja amal menurap jalan raya rosak dan berlubang di lokasi yang tertentu.
Malah, modal yang digunakan untuk menurap jalan menggunakan duit poketnya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
Dalam kemas kini di Facebook terbaru beliua, Lando ada berkongsi pengalaman ketika berlakon bersama Tauke Jambu
“Sebenarnye wa sendiri xleh hadam orang kata toke jadi bapak ayam
“Sebab dulu wa penah casting tauke belakon watak bapak ayam pun dia gagal seteruk teruknya
“Boleh dia tanye wa balik. Nak watak bapak ayam waktu pagi ke petang?
“Wa pun rase pelir. Wa saja cakap “Ok bagi aku watak bapak ayam waktu pagi”
“Pastu dia berkokok sampai wa halau dia kuar
Rata-rata terhibur dengan perkongsian oleh Lando Zawawi
Bukan dia ke yang menang tu hari
“Abg main taik dik..”
Konpem ke dia yg kena tahan?
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak terkenal telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi sekz di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ahad lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mngsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi sekz.
Serentak dengan itu, warganet mulai berteka-teki mengenai siapakah gerangan pelawak yang telah ditahan bagi membantu siasatan.
Foto: Instagram Shahrul Shiro
Leave a Reply