Sbb Laporkan Cikgu Buat Lawak Lvcah dan RoogoI, Pelajar ini Diminta Bayar RM1 Juta Oleh Cikgunya

Pelajar perempuan, Ain Husniza yang pernah mendedahkan mengenai dakwaan jenaka rugol dilakukan oleh seorang guru lelaki di sekolahnya.

Hari ni dia telah menerima surat tuntutan ftnah RM1 juta.

Remaja berusia 17 tahun itu memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya @ant33ater.

Namun tidak berkongsi lebih lanjut berhubung isu berkenaan.

“Hai. Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah”

Dalam surat ini, Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini…

“…antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. 

Saya mohon semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” tulisnya petang tadi.

terima tuntutan sjuta ftnaaah

Malah, Ain juga mengakui emosinya tidak stabil sehingga membuatkan dirinya kurang aktif berkongsi perkembangan di media sosial.

“Saya minta maaf, emosi Ain sangat tak stabil yang buat Ain tak post aktif dalam media sosial. Tengah dalam kelas online dapat surat macam ni,” luahnya.

Sementara itu, bapanya Saiful Nizam turut memuat naik satu posting di laman Facebook berhubung isu tersebut yang menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.

terima tuntutan sjuta ftnaaah

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan memberikan sebarang maklum balas setakat ini selepas mendengar nasihat peguam.

“Notis ini ditujukan kepada Ain Husniza, saya sendiri dan isteri. Terdapat lima tuntutan dan salah satunya bayaran ganti rugi RM1 juta.

“Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya. 

Untuk makluman, notis tuntutan ini adalah daripada cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” ujarnya.

terima tuntutan sjuta ftnaaah

April lalu, pelajar Tingkatan 5 terbabit menyiarkan video di Tiktok.

Dia telah mendakwa guru yang mengajar kelasnya di sebuah sekolah di Selangor telah bergurau tentang rugol sebelum tampil membuat laporan polis.

Isu terus berlarutan apabila dia mendakwa menerima ugutan rugol daripada rakan sekelasnya.

Kemudian diberikan surat amaran berikutan tidak hadir ke sekolah.

Sumber: Twitter @ant33ater , Facebook Saiful Nizam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*