“Bɑnyɑk MuIut B0Ieh Bagi Mɑkɑn Dgn Duit tu” CT Kɑssim PersoɑI Kenapa Dato Azizul Punya Kos BasikɑI Sɑmpɑi RM13 Jutɑ

Terdahulu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang pernah mendedahkan jentera atau basikal yang akan digunakan untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Azizulhasni memuat naik video basikal sentuhan akhir model WX-R Vorteq yang akan menjadi ‘senjata’ utamanya nanti di Velodrom Izu.

Difahamkan, kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) basikal WX-R Vorteq berwarna hitam dan perak itu mencecah RM13 juta.

Ia dibina khas bagi membolehkan dua jaguh basikal trek negara, Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, mempamerkan aksi terbaik pada temasya berkenaan nanti.

Kedua-dua mereka yang mengejar impian merangkul pingat emas itu akan dibekalkan tiga buah basikal setiap seorang untuk kegunaan di Olimpik itu nanti.

Azizulhasni pernah melakar sejarah apabila menjadi atlet berbasikal trek pertama negara memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil akan berlepas ke Tokyo pada 25 Julai ini.

Azizulhasni, 34 tahun telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) oleh Sultan Terengganu baru-baru ini.

Harga sebuah basikal dianggarkan bernilai RM300,000.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Azizulhasni memuat naik video basikal sentuhan akhir model WX-R Vorteq yang akan menjadi senjata utamanya nanti di Velodrom Izu.

Siti Kassim Tak Puas Hati Kos Pembanggunan Mahal

“Untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia rasanya kos ini amat berbaloi..” – Netizen

Ketika ramai berbangga dengan pencapaian pingat perak diraih Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Namun ada pihak mempertikaikan kos membangunkan basikal miliknya dan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kaslm atau lebih dikenali sebagai Siti Kaslm menerusi hantaran di Facebook telah berkongsi artikel.

Ia mengenai kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd.

Mereka mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik untuk menghasilkan basikal kedua-dua jaguh negara itu.

“Walaupun ini berita tahun lalu, tetapi ia mula menjadi perhatian sekarang.

Sepanjang saya menyokong kejayaan pasukan kebangsaan kita dalam sukan, saya rasa ia berlebihan melihat kepada keadaan negara kita sekarang.

“Bayangkan RM13 juta, berapa banyak mulut boleh diberi makan?

Saya minta maaf kerana saya mendapati ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya.

Untuk temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini, Azizulhasni dan Shah Firdaus menggunakan basikal WX-R Vorteq bernilai RM300,000 sebuah dengan setiap pelumba dibekalkan tiga basikal berkenaan.

Basikal berkenaan diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras.

Tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.

Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), jentera digunakan bagi Sukan Olimpik perlu berada di pasaran, dan basikal model WX-R Vorteq itu sudah berada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu.

Di sebalik pelaburan besar itu, ia dilihat berbaloi dengan pencapaian Azizulhasni meraih perak ketika dia sebenarnya mampu untuk memenangi emas.

Namun tidak bernasib baik pada perlumbaan hari ini.

Azizul Sujud Syukur Selepas Tau Isteri Hamil Anak ke-3

Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan rahsia besar daripada isteri pelumba itu memaklumkan beliau bakal bergelar seorang ayah.

Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana yang berada di Melbourne, Australia, kini hamil anak ketiga mereka.

“Saya simpan ini, Tya hamil anak ketiga,” ujar Bazly.

Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri.

Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,”

Kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.

“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara.

“Saya harap mereka tak kecewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya.

Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah buat Azizulhasni

Ct kassim persoal kenapa habiskan

“Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pencapaian Datuk Azizulhasni ini sebagai pencapaian amat bermakna kepada Malaysia.

“Semestinya seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan Datuk Azizulhasni,” kata Istana Negara dalam satu kenyataan.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga semua atlet negara akan memperoleh kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama negara di kejohanan mendatang,” katanya.

Kontinjen negara menutup tirai Olimpik Tokyo 2020 dengan meraih satu perak menerusi Azizulhasni dan gangsa sumbangan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

SUMBER/KREDIT: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*